Pengembaraan Hasan (Bahagian II)

July 19, 2012 :: Posted by - Hasan :: Category - Uncategorized

Hasan dah cerita kan, pasal Hasan berlawan dengan Raksasa Gigi?

Walaupun Ultraman Hasan akhirnya menang melawan Raksasa Gigi, tapi meletihkan lah! Ekoran daripada peristiwa itu, Hasan pun mengambil keputusan untuk bersara sajalah dari menjadi Ultraman…

Lagipun, Hasan dah boring terbang sendiri. Masa tu Mama & Papa nak berkunjung ke tanah suci – kalau Hasan masih lagi Ultraman, tentu Hasan seorang yang kena carry Mama & Papa, dengan luggage-luggage sekali. Mana aci!!! Lagi pun Hasan teringin jugak nak naik aeroplane & tayang kecomelan Hasan pada kakak-kakak stewardess…

Jadi, pada 28 Mei Hasan pun bawak Mama & Papa pergi airport untuk naik aeroplane ke tanah suci. Ni gambar Hasan dengan Mama dalam aeroplane…

Korang nak tahu tak…? Sejak Hasan kena gigit dengan Raksasa Gigi, Hasan pun kena jangkit penyakit gigi. Eee, tengok ni!

Papa kata airport dekat Arab Saudi ni bongok kuno sikit. Yer lah, Papa Hasan kan dah pernah pergi airport kat US, Jepun, Canada, France dan lain-lain lagi. (Sebenarnya Papa marah sebab masa nak balik, kitaorang nyaris-nyaris tak boleh naik aeroplane…)

Oh ya! Selain daripada Mama & Papa, Mak Wa, Che Mus, Abang Luqman, Abang Umar & Abang Khalid pun ikut sekali… Masa tangkap gambar ni, Papa kata Abang Khalid bercita-cita nak jadi K-Lolipop. K-Lolipop tu apa Mama?

Papa kata banyak gambar kat sana simpan lagi dalam kamera Tok Wan. Nanti lah Hasan transfer kan… Buat sementara ni, Hasan tunjuk gambar … pokok kurma je … OK?

Jangan lupa tunggu sambungan Pengembaraan Hasan yer…

Pengembaraan Hasan (Bahagian I)

July 18, 2012 :: Posted by - Hasan :: Category - Uncategorized

Wah! Dah lama betul Hasan tak update blog ni. Yer lah, Hasan ni busybody man, you know…?

Contohnya, pada 4 Mei, Hasan telah dilantik menjadi Ultraman oleh Gabungan Teacher-Teacher di Tadika Alam Semesta.

Amacam, hensem macam Papa tak? Tak nampak? Sekejap, Hasan nak posing…

Gelap la pulak, posing sebelah Mama ni. Haaa, posing sebelah Papa cerah sikit…

Lepas tu pulak, pada 13 Mei iaitu Hari Ibu, Hasan bawak Opah, Mak Wa, Achik, Mama dan Papa bersiar-siar di pantai Bagan Lalang. Tengok ni, best kan!?

Tapi kan, dengan tak disangka-sangka, tiba-tiba Raksasa Gigi muncul dari laut dan menyerang Hasan. Terpaksa la Hasan bertukar jadi Ultraman dan lawan sampai letih. Sebab tu lah dah lama Hasan tak update blog. Tengok ni, gambar Raksasa Gigi nak gigit Hasan… Seram nyer…

OK la, nanti Hasan sambung cerita Pengembaraan Hasan di bahagian kedua… Tunggu yer!