Pengembaraan Hasan (Bahagian I)

July 18, 2012 :: Posted by - Hasan :: Category - Uncategorized

Wah! Dah lama betul Hasan tak update blog ni. Yer lah, Hasan ni busybody man, you know…?

Contohnya, pada 4 Mei, Hasan telah dilantik menjadi Ultraman oleh Gabungan Teacher-Teacher di Tadika Alam Semesta.

Amacam, hensem macam Papa tak? Tak nampak? Sekejap, Hasan nak posing…

Gelap la pulak, posing sebelah Mama ni. Haaa, posing sebelah Papa cerah sikit…

Lepas tu pulak, pada 13 Mei iaitu Hari Ibu, Hasan bawak Opah, Mak Wa, Achik, Mama dan Papa bersiar-siar di pantai Bagan Lalang. Tengok ni, best kan!?

Tapi kan, dengan tak disangka-sangka, tiba-tiba Raksasa Gigi muncul dari laut dan menyerang Hasan. Terpaksa la Hasan bertukar jadi Ultraman dan lawan sampai letih. Sebab tu lah dah lama Hasan tak update blog. Tengok ni, gambar Raksasa Gigi nak gigit Hasan… Seram nyer…

OK la, nanti Hasan sambung cerita Pengembaraan Hasan di bahagian kedua… Tunggu yer!

Leave a Reply